RSS

Monday 17 October 2011

Kem Bestari Solat Siri 4


Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan KBS siri 4 mengikut ketentuan berikut :
  •  1 Nov 2011(Selasa)- bagi murid tahap 2 dan PPKI. Aktiviti koku ditangguhkan dan diganti dengan KBS 4. 
  • 3 Nov 2011(Khamis) - bagi murid tahap 1.
Masa adalah dari jam 12.40 ptg hingga 4.00 ptg.













Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday 12 October 2011

Ihya' Ramadhan 2011


2 Ogos-Program Ihya' Ramadhan 2011 SKSD telah dilancarkan oleh Ustaz Che Mat bin Che Leh, Ketua Pengurusan Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu dimulakan dengan ucapan Guru Besar dan ucapan perasmi, Ustaz Che Mat bin Che Leh. Ustaz Che Mat juga memberikan tazkirah berkaitan Ramadhan kepada seluruh warga SKSD. Majlis dirasmikan dengan gimik pemecahan blok ais yang mengandungi tentatif program Ihya' Ramadhan oleh Ustaz Che Mat. Di kesempatan itu juga, program Kutipan Infaq Ramadhan juga dirasmikan dengan simbolik pemakaian vest kepada pengerusi dan naib pengerusi Briged Musolla SKSD.
Pelbagai program telah diatur bersempena Program Ihya' Ramadhan ini di antaranya ialah Tahlil Arwah, Tadarus Al-Quran, Tayangan Ramadhan, Kutipan Infaq Ramadhan dan MTQ (Nasyid, Bercerita, Hafazan Al-Quran dan Tilawah Al-Quran)
Semoga seluruh warga SKSD akan mengimarahkan kedatangan Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS