RSS

Friday 4 May 2012

-:: KBS Pertama @ SKSD ::-

Pada 30 April & 3 Mei 2012 yang lalu, Panitia Pendidikan Islam dengan penuh tanggungjawab sekali lagi telah menjalankan aktiviti KBS. KBS Kali ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada hari Isnin 30 April 2012, KBS untuk murid tahap 2 manakala hari yang berikutnya pada 3 Mei 2012 hari Khamis untuk murid tahap 1 pula. Pelbagai adegan yang dapat disaksikan semasa KBS berlansung, tapi semua nya untuk memperbaiki mutu solat anak-anak Serkam Darat.


KBS kali ini juga telah berjalan dengan lancar dengan adanya bantuan semua guru2 yang terpilih lagi berdedikasi dalam memperbaiki mutu solat anak-anak ini. KBS kali ini dijalankan selepas P& P hari persekolahan bagi memudahkan urusan dan kawalan. Sedikit aksi yang sempat dirakamkan selama KBS berlansung. Berjumpa lagi di KBS yang akan datang..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday 5 March 2012

Ahlan Wasahlan Tahun 2012

ِAlhamdulillah bertemu lagi kita pada tahun ini. Semoga pada tahun baru ini Allah s.w.t memberkati segala amalan dan urusan duniawi kita. Amin Ya Rabb..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday 16 November 2011



 Majlis Khatam Al-Quran Perdana SKSD 2011M/1432H

 

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana Majlis Khatam Al-Quran Perdana peringkat sekolah telah berjaya diadakan pada 11 November 2011 bersamaan hari Jumaat bertempat di Dewan Hjh Maimunah Khamis, SKSD. Majlis ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam SKSD.  Ianya bermula seawal jam 8.00 pagi dengan acara perarakan masuk tetamu jemputan iaitu YM Tn Hj Raja Abdullah B Raja Setapa, Pengelola Cemerlang PPD Jasin bersama-sama dengan barisan pentadbir SKSD dan para peserta Khatam al-Qur’an Perdana.
 Majlis dimulakan  dengan ucapan Pn Normi Bt Jantan, GB SKSD dan diteruskan dengan ucapan  oleh YM Tn Hj Raja Abdullah B Raja Setapa, Pengelola Cemerlang PPD Jasin.  Tepat jam 9.00 pagi, maka tibalah masanya untuk Majlis KhatamAl-Quran bermula dan disudahi dengan bacaan takhtim dan doa khatam al-Qur’an . Bilangan peserta Khatam Al-Quran adalah seramai 42 orang di bawah pimpinan Ustaz Mohd Elias Zaidy B Mohd Yusof.
Setelah selesai majlis khatam al-Quran, maka bermulalah acara penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta khatam al-Quran, murid Terbaik Kem Bestari Solat untuk tahun 2011 dan acara kemuncak iaitu Anugerah Imam ‘Asim dan Imam Hafs kepada peserta terbaik khatam.  Majlis diteruskan dengan acara  perasmian blog Panitia Pendidikan Islam SKSD iaitu Laman Al-Huda oleh YM Tn Hj Raja Abdullah B Raja Setapa, Pengelola Cemerlang PPD Jasin . Pada jam 10.00 pagi  majlis bersurai.
Panitia Pendidikan Islam merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis ini.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday 1 November 2011

Selamat Datang

Selamat Datang ke blog j-QAF panitia Agama Islam SK Serkam Darat. Semoga apa yang dikongsikan bersama mendapat manfaat dan kebaikan. Segala yang baik itu datang dari Allah s.w.t.dan segala kekurangan dari kami sendiri. Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan dari sesiapa sahaja. Rajin-rajinlah menjenguk ke blog kami.. ;) tq.

Welcome Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bilik j-QAF kesayangan kami :)


Beberapa minggu yang lalu, beberapa pegawai PPD yang diketuai oleh Ust Raja telah datang ke sekolah kami untuk memantau kawasan sekitar bilik j-QAF yang mana setiap sekolah rendah akan bertandng dalam pertandingan Bilik j-QAF. Di sini kami uploadkan beberapa gambar bilik j-QAF, surau sekolah dan sudut2 j-QAF. Check it out !!

 Dalam bilik j-QAF 

 Sudut Jawi


 Sudut BBM

 Sudut al-Quran

 Sudut Kem Bestari Solat (karpet)



Surau al-Huda









 Sudut al-Quran

 Sudut KBS

Bilik Tasmi' (Imam Hafs)

Sudut Tangga Jawi

 Tempat wudu'

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kursus Pengurusan Jenazah

Pada hari Sabtu yang lalu, 29 Oktober 2011, sekolah kami telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan tentang kursus pengurusan jenazah. Pihak sekolah telah menjemput penceramah iaitu ustazah Rosnah bt Ahmad dari Kem Terendak. Beliau menerangkan beberapa perkara asas tentang pengurusan jenazah antaranya ialah menguruskan jenazah selepas mati, memandikan mayat, mengkafankan, mensembahyangkan jenazah, mengkebumikan dan lain-lain lagi. Model jenazah yang volunteer pada hari itu ialah cikgu Mohd Agost bin Abu.

















Gambar-gambar lain akan diupload kemudian. Harap maklum :)  Semoga dengan adanya kursus sebegini dapat menambahkan pengetahuan dan memberikan keinsafan di dalam diri setiap insan yang bergelar hamba Allah..insyaAllah....  

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday 17 October 2011

Kem Bestari Solat Siri 4


Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan KBS siri 4 mengikut ketentuan berikut :
  •  1 Nov 2011(Selasa)- bagi murid tahap 2 dan PPKI. Aktiviti koku ditangguhkan dan diganti dengan KBS 4. 
  • 3 Nov 2011(Khamis) - bagi murid tahap 1.
Masa adalah dari jam 12.40 ptg hingga 4.00 ptg.













Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS